SOROTAN MINGGUAN Oleh SALWA SHA'ARI
RASANYA tidak ada yang lebih besar atau hebat pada sepanjang minggu lalumelainkan kes pendakwaan terhadap Trio Datuk T yang secara tiba-tibamenggemparkan negara apabila mendedahkan video seks hitam putih dan bisuyang dikatakan pelakunya mirip dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri AnwarIbrahim.
Trio tersebut - terdiri daripada Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri AbdulRahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekasBendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim - menghadapitindakan undang-undang pada Jumaat lalu.
Seperti dijangkakan, kes yang melibatkan 'orang-orang penting atau ahlipolitik' akan membawa satu fenomena iaitu kebanjiran luar biasapenyokong-penyokong menyebabkan pihak media perlu hadir awal untuk sama-samamerebut tempat duduk yang terhad di galeri awam mahkamah.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Trio Datuk T itu kerana mereka berpegangkepada kata-kata bahawa mereka bersedia untuk menghadapi tindakanundang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka.
Bukankah manusia dipegang pada janjinya? Pengakuan bersalah itu juga sekaligus bermakna tiada lagi perbicaraan yang panjang untuk dilalui bukan sahajauntuk tertuduh, tetapi juga kepada pihak media.
Dari awal lagi, Shazryl Eskay melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) telahmenghebahkan mengenai pendakwaan terhadap dirinya dan dua lagi sahabatnnyakepada pihak media dan sekali gus menutup keraguan penulis, kerana sebelumini cerita mengenai pendakwaan itu telah didengar pada Mei lalu dan ternyataia tidak benar sehinggalah Jumaat lalu.
Dalam prosiding itu, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku bersalah atas tuduhanmenayangkan secara terbuka bahan lucah iaitu video seks antara seoranglelaki dan wanita yang dirakamkan di bilik sebuah apartmen di Ampang, KualaLumpur pada 21 Februari lalu manakala Abdul Rahim mengaku atas pertuduhanbersubahat melakukan kesalahan tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada antara pukul 10 pagi dan 12 tengahhari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, TamanTasik Perdana, Persiaran Mahameru, Kuala Lumpur.
Ketika sedang sibuk mencatat apa yang berlaku pada prosiding, penulismenerima SMS daripada seorang rakan yang berseloroh kerana penulis dapatmenonton video tersebut, sedangkan dia hanya berkesempatan menonton videoitu hanya untuk beberapa minit awal di laman sosial, You Tube.
Seorang lagi rakan menghantar SMS mengatakan penulis antara yang bertuahkerana dapat menonton video tersebut - yang dimainkan sebagai bahan buktiuntuk tujuan pengesahkan oleh tertuduh - dalam keadaan yang tidak menyalahiundang-undang.
Apapun, penulis berasakan tidak ada apa yang menarik pada video yangmempunyai tempoh durasi selama 20 minit itu kerana penulis bukan peminatdrama bisu memandangkan sejak kecil, televisyen di rumah penulis bolehdikuatkan suaranya hingga dapat didengar ke seberang jalan dan nasib baikMajistret Aizatul Akmal Maharani mengarahkan agar video itu dilajukan kehadapan apabila memasuki adengan seks.
Dan di akhir prosiding itu, sebelum mahkamah berhenti untuk solat Jumaat,Shazryl Eskay dikenakan denda RM3,000 atau penjara tiga bulan sekiranyagagal menjelaskan denda, Shuib didenda RM1,500 atau dua bulan penjaramanakala Abdul Rahim diarahkan membayar denda RM1,000 atau sebulan penjarajika gagal berbuat demikian.
Tanpa disedari, penyokong-penyokong yang hadir di makamah telah menjalankankutipan derma untuk membantu membayar denda yang dikenakan terhadap'pahlawan' mereka dan penulis diberitahu jumlah yang terkumpul menghampiriRM23,000 - jumlah yang terlalu banyak jika dibandingkan dengan denda yangdikenakan.
Rabu lalu juga menyaksikan pihak pendakwaan menutup kes mereka terhadapbekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang dibicarakan diMahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan salah guna kuasa dalam pembelianrumah dan dua lot tanah di Seksyen 7 di sini.
Perbicaraan itu yang melibatkan keterangan 25 orang saksi berjaya disudahkandalam masa sembilan hari.
Mohamad Khir, 45, dibicarakan atas pertuduhan mendapatkan bagi dirinya danisteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah daripada SyarikatDitamas Sdn Bhd, menerusi pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah itu terletak di nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, disini pada harga yang murah iaitu RM3.5 juta sedangkan Ditamas - yangditubuhkan bagi membeli hartanag tersebut - membayar RM6.5 juta pada 23Disember 2004.
Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu dalam keadaan beliau mengetahuibahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai seorangMenteri Besar (MB) pada waktu itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukankesalahan tersebut pada 29 Mei 2007 di kediaman rasmi MB, Jalan Permata,Seksyen 7.
Jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, Mohamad Khiryang merupakan bekas Menteri Besar termuda Selangor boleh dihukum penjarasehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki amat tegas pada perbicaraan itu, sepertikeputusannya menetapkan hanya seorang Timbalan Pendakwa Raya dan seorangpeguam sahaja yang boleh menyoal saksi kerana jika tidak, ia akan banyakmemakan masa memandangkan barisan pendakwaan diwakili oleh lima TimbalanPendakwa Raya dan peguam yang mewakili Mohamad Khir juga bukanlah seorangdua.
Juga tiada permohonan-permohonan luar biasa yang dibuat oleh barisanpendakwaan atau barisan pembelaan yang sudah pasti dapat melengah-lengahkanperbicaraan menyebabkan perbicaraan yang bermula pada 8 Jun lalu dapatdijalankan dengan lancar.
Tahniah juga diucapkan kepada Mohtarudin kerana memartabatkan BahasaMalaysia di dalam mahkamahnya dengan meminta saksi untuk bercakap denganmenggunakan bahasa kebangsaan dan jika sukar mencari perkataan, barulahdibenarkan untuk diselang-selikan dengan Bahasa Inggeris.
"Bukan kerana kita tidak faham Bahasa Inggeris, tetapi mahkamah di Malaysia,guna Bahasa Malaysia," katanya yang tidak lupa untuk mengucapkan terimakasih kepada saksi atas keberanian mereka untuk bertutur dalam bahasakebangsaan, selain memuji seorang saksi bukan Melayu yang sangat fasihBahasa Malaysianya.
Kes tersebut akan bersambung semula pada 13 Julai ini untuk mahkamahmendengar hujahan-hujahan kedua-dua pihak di akhir peringkat pendakwaansebelum mahkamah membuat keputusan sama ada Mohamad Khir akan dilepas dandibebaskan daripada tuduhan atau dipanggil untuk membela diri.
Dan pada 13 Julai itu, sudah pasti sekali lagi penulis dan rakan-rakan mediayang lain akan berkampung seawal pagi untuk bersama-sama dengan penyokongMohamad Khir merempuh pintu mahkamah sebaik sahaja kuncinya diselak bagimendapatkan kerusi terbaik di dalam mahkamah.